❤❤❤ Selamat Datang ❤❤❤

Selamat datang ke belog sy..:)

Untuk pengetahuan dan perhatian semua, blog nie akan menceritakan banyak mengenai diri saya, sedikit info, dan banyak mengenai diri saya...Hehehe XD

Harap anda semua x bosan nk singgah...:)

P/S: Jgn lupa comment supaya sy boleh track anda semua balik or Tinggal jejak kat sini (^.^)V

Sunday, July 8, 2012

Solat Sambil Mendukung Anak

Salam,

Apa kabar semua bloggers? Sihat? Sihat2 lah hendaknye ye...:)

Hari ini, saya nk berkongsi mengenai solat sambil mendukung anak. Huhu kenapa saya nak share benda2 mcm nie? hurm,,, sebab sharing is caring. Hehehe xD

Ok, sebenarnye saya saje jerk cari bagaimana solat sambil mendukung anak sebab pernah terbaca di FB tapi pas tu dah ilang, so kalo post kat sini memang x kan ilang dan senang saya nak rujuk...

1st yang menarik perhatian saya web page Majlis Ulama ISMA ialah seorang ibu bertanya
adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya.
dan jawapannya adalah:
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:
ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد

Maksudnya:
Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)

Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.

Sekianوالله أعلم
So, sekrang nie saya dah pasti...dan diteruskan bagaimana cara-cara nak solat mendukung bayi tu.  Cara-cara dan gambar nie saya dapat dari blog Diary of Muhammad..:) minx share ye...:)

paling baik adalah tukar lampin @ pampers terlebih dahulu untuk memastikan yang bayi tu suci dari najis.

memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi.

tangan x perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian didukung kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

ulang seperti itu hingga solat selesai.
Ok untuk kemudahan anda semua berikut adalah gambaranya...:)

No comments:

Post a Comment